Thursday, December 30, 2010

Baby tahun baru!!

Oppss!!! saya belum bersalin lagi..tadi pg follow up check up kt annur..air ketuban still border lain tapi masih buleh tunggu..Dr bg MC seminggu utk monitor pergerakan baby..so next check up will be on next thursday..harap2 buleh bersalin normal..berdebar jugak nak bersalin normal coz 1st time nih..tgh membaca info2 yang sesuai.. ;D

Tuesday, December 28, 2010

Induce or LSCS??

Minggu nih dah 36 weeks..last week pg check up, dr kata air ketuban makin kurang & betul2 border line je.. the day after tomorrow is my next check up..tak sabar nk tunggu hari khamis nih nak tau result CTG scan last week..n nak tahu keadaan air ketuban..kalau makin kurang, terpaksalah bersalin awal..

Induce or LSCS?
kalau terpaksa bersalin awal. maka ini adalah 2 cara yg boleh digunakan..tapi orang yg dah pernah buat LSCS tak buleh nk induce.. rasanya lah..tapi kalau buleh taknak lah ceasar lagi..huhu..payah dowh..but anyway, tak kesahlah yg mana satu kan..yg penting baby selamat dilahirkan..insyaallah!
jantung semakin berdebar-debar menanti hari khamis..apalah agaknya result drpd dr..huhu.. wish me luck and pray for me..thanks blogger!!

Monday, December 20, 2010

1.1.11 or 11.1.11

Usia kehamilan memasuki 36 minggu..tidak sabar yo.. my due date is on 21.1.11.. tapi rasanya macam awal coz the baby is so big rite now..dan perut pun asyik mengeras mcm contraction plak.. this is my 2nd pregnancy but i felt like it was new..hehe..masa zafirah dulu, kecik je..tak rasa sgt..lg pun ni 1st time nak merasa bersalin secara normal.. n i hope so..

So, i hope baby dapatlah keluar pada salah satu tarikh di atas.. sama mcm zafirah, i wished dia lahir sama tarikh ngan ayahnya..(alhamdulillah..tercapai)..hehe....oh baby..kuar tarikh ni tau.. hehe..

Sunday, December 19, 2010

Married Man addicted with porn video!!

Cerita ini bersandarkan kisah seorang sahabat yang meminta pertolongan.. apa yang harus di lakukan sekiranya sang suami masih lagi suka melihat video2 lucah..adus!! masih ada lagi org seperti ini.. nk kata bini tak cantik..tak jugak.. bini lawa tahap ya amat..nk kata bini tak bagi, pun tak jugak..almost every week he get it..

uiksss..wahai sang suami, apa lagi yg kau mahukan dr isterimu..tidak puaskah dengan perhubungan yang telah terjalin.. adakah perkahwinanmu hanya semata-mata kerana seks.. oh my!! touch wood!! harap2 tidak terjadi kepada kita..

Tuesday, December 14, 2010

4 tahun sudah!!



Alhamdulillah.. dah 4 tahun saya dan encik suami hidup bersama..melalui pahit manis kehidupan duniawi..happy anniversary buat encik suami..semoga hubungan ini berkekalan ke akhir hayat..

Saturday, December 4, 2010

My new bibik!!

saya ada bibik baru..jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng..tadaaaaaaaa!!!

budak kecik ni sibuk nk bantu ayah dia basuh pinggan..

Tuesday, November 23, 2010

30 Weeks


1. 10 weeks to go (sangat tidak sabar)
2. Semakin berat dan tembam..
3. Semakin sukar tidur malam (baby tersangat aktif ..jumping smash kot..)

Thursday, November 11, 2010

Kurang Ha*ar punya pompuan!!!

Insiden berlaku di petang khamis tatkala orang ramai berpusu-pusu mahu pulang ke rumah..Seperti biasa aku balik naik KTM sampai kajang then dr kajang drive ke Semenyih.. sedang asyik menunggu tren ke kajang, tiba2 terdengarlah suara pompuan ni:

ting tong.. "Tren ke Seremban mengalami kelewatan dr jadual asal" ( ini takpe lagi aku buleh terima..wpun KTM memang selalu delay..service saks giler..)

Kemudian, setelah 40 minit berdiri menunggu tren, maka tibalah tren yang akan ku naik bersama ribuan orang lain.. sambil dihimpit dan ditolak dr belakang, tiba-tiba ada suara pompuan ni pulak:

"woii..masuklah dalam lagi" ( dengan nada menjerit)

aku geram betol ngan pompuan ni.. mcm dia tak nampak orang2 yg ada kt dalam tren ni pun berhimpit cam sardin dalam tin kemek..apa lagi.. aku sembur lah sekalik..

"weiii..dah tak muat lah.. buta ke..tak nampak dlm ni dah penuh" (dengan suara yg sgt kuat smp semua org dok pandang kt aku..pedulik hapa!!!)

aku tak sound pompuan tu kalau dia tak menjerit dan bercakap dengan nada yang kasar..tapi ini tidak..lagi mau kurang hajar..pantang aku org camnih..

perjalanan diteruskan..smp kt stesen midvalley, kejadian yg sama turut berlaku.. dahlah aku dihimpit oleh manusia disekelilingku, nak duduk memang tak dpt..perut aku pulak dok di sondol oleh manusia-manusia yg tak sabar.. uisshh..lagilah aku sentapsssss!!! dan ada plak sorang pompuan nih menjerit..

"woiii!! yang tengah tu masuklah dalam lagi.. orang pun nak balik jugak!!!" (ni lagi sorang minah kuwang hajau yg aku sound)

"oi dik!! nak masuk celah mana lagi..nak masuk celah kangkang ke?? tak nampak ke penuh ni??" (lagi sekali orang2 dlm tren tu menghalakan pandangan mereka kepadaku sambil menyetujui apa yang aku katakan pada minah kuwang hajau nih..)

Kesimpulannya: janganlah bersikap biadap tatkala anda menginginkan sesuatu.. terutama apabila anda menjerit dan menjerkah dihadapan orang yang hamil cam aku.. hot temper beb!! mau aku sembur lagi pompuan-pompuan tuh..

** dan terfikir sejenak: rendah betol moral manusia zaman sekarang nih..biadap dan kuwang hajau tak bertempat....aku ni pun bukannya bagus sangat, tapi bila buat sesuatu, atau bila nak cakap sesuatu, fikirlah dan lihatlah realiti.. jangan main sedap mulut je.. cili kang mulut..oppppssss..

Saturday, November 6, 2010

Mari kita ke ladang oiiii...

sesi menurunkan berat badan oleh sang suami

sesi berkejar-kejaran bersama sepupu

sesi mengorek tanah juga bersama sepupu

yeah!! sila tanam banyak2 ya cik abe.. ini pokok kelapa..


Ini adalah antara yg dijalankan sempena cuti deepavali..cuaca yang sangat panas menyebabkan kami lepak2 sahaja di rumah..di petang hari, aktiviti berladang telah dimulakan..heheh!! beli pokok dah lama tapi tanamnye idak..maka tibalah masa untuk aktiviti bercucuk tanam..

Saturday, October 23, 2010

Mari Belajar Memegang Pen

Next year plan nak hantar zafirah pg tadika..hantar pg tadika biasa je dulu..at least she can learn something instead of main2 je kt taska tuh kan..although it's too early for her, tapi saya rasa dah semakin ramai ibubapa yang menghantar anak2 mereka ke tadika seawal 3 tahun..next year budak ini dah 4 years old..so, ok lah kot kalau nak hantar pg tadika..kann..kan..sebelum tu, mari belajar cara memegang pen dan pensil dengan betul..hehe..


tengoklah cara dia pegang pen.. ada rupa lah jugak kan..tapi apa yg diconteng, pun tak tahu..hmm..

Thursday, October 7, 2010

Berbohong itu adalah bermoral!!!

Ya! saya katakan berbohong itu adalah bermoral..dalam sesetengah situasi, berbohong itu boleh di anggap perbuatan yang bermoral..tidak salah jika kita berbohong untuk menjaga perasaan orang lain..atau untuk menyelamatkan sesuatu situasi dan keadaan yang kritikal.

Kenapa? Tidak percaya? Saya pun pada mulanya tidak mempercayai bahawa perbuatan berbohong itu adalah bermoral..Tetapi setelah diteliti mengikut keadaan yang tertentu..akhirnya saya percaya.. bak kata pantun ni..

siakap sinohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama mencuri


** tapi saya hanya berbohong dan tidak mencuri..
Kesimpulannya.. apakah kaitan pantun di atas dengan isu yang dibicarakan?? ntahlah labu.. lu pikirla sendiri ekkkkkkkkkk..

Wednesday, September 22, 2010

SOTO MAKASSAR

Soto makassar ni adalah antara kegemaranku...rasa dia langsung tak sama dengan soto-soto lain..susah nak carik soto ni kt mana-mana..kena buat sendirik..sapa nak resepi?? angkat tangan!! heheh!!

Tuesday, September 14, 2010

Rayaku Rayamu jua




Purple colour theme..requested by cik zafirah zahra..siap suh cat bilik dia warna purple..hmm.. tahun depan ye cik zafirah..tunggu ada fulus lebey..okay..salam lebaran untuk semua

Thursday, September 2, 2010

IT'S A BOY!! INSYAALLAH!!


Last Wednesday.. Pg check up..Dr buat ultrasound..then dia kata " Insyaallah..baby boy".. mudah-mudahan..jgn jadi cam zafirah udahler..mula2 check kata lelaki, final check up kata pompuan plak.. but i dun mind.. lelaki atau perempuan sama sahaja..yang penting baby sihat dan normal..kann..kan.. dah 20 weeks.. tak sabarnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..hehe

Thursday, August 26, 2010

Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan Dibaca?

Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh
iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama
ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah
perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan
sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan
Al-Qur’an? Apakah selama ini Al-Qur’an telah benar-benar
kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai
penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah
sebaliknya, kita malah meninggalkan dan
mencampakkannya?
Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita
tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi
atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita
akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak
‘menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat
marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak,
dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan
berdiam diri jika Al-Qur’an dihina, diremeh atau
dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang
akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk
penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik
dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang
harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti
sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga
fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi
kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat
Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri
‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum hukum
yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati
apabila Al-Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman,
tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran
Al-Qur’an.
Inilah hakikat umat Islam! Mereka mengambil Al-Qur’an
hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi
melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya.
Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi
mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah
yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai
program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa
yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum Al-
Qur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan
menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang
ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka
kononnya menyeru kepada Al-Qur’an tetapi mereka
sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang
yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hukum
Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap
bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah
sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci
Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke
jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

sumber:www.mykhilafah.com

Friday, July 16, 2010

Kesakitan Pagi

a.k.a morning sickness masih melanda..huhu..fenin..fenin.. maaf..maaf..tak dapek nk update..

Thursday, May 20, 2010

Alhamdulillah..+ve


Zafirah bakal dapat adik..hehe..alhamdulillah..happy sangat..mudah-mudahan selamat sampai waktunya..

Monday, May 17, 2010

Hanya untuk wanita!! Faham Tak!!!!

Koc tengah hanya untuk wanita.. adakah lelaki-lelaki ini masih tak paham bahasa atau tak reti baca sign board atau sengaja buat2 tak paham..atau memang tak reti baca langsung.. lelaki-lelaki ini sibuk nak menghimpit dan bersesak-sesak nk masuk gerabak yg disediakan khas untuk wanita ituh..pengumuman diulang berkali-kali tapi masih tah faham-faham!! adakah pekak????
Terutama mamat-mamat bangla dan negro yang sentiasa menyediakan bau-bauan yang kurang menyenangkan..signboard disediakan dalam 4 bahasa..takkan tak paham lagi????adoi!!! geram tol!! dah lah masuk dalam tren tergopoh-gapah pastu sibuk nk berebut tempat duduk dengan wanita..isshhhhh!!!tolonglah baca dan fahami papan tanda itu wahai lelaki-lelaki di luar sana.. geram!!!!

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari ibu


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang ada di Malaysia dan seluruh dunia..termasuklah ibu ku yg berada di kampung..dan juga kepada diriku..dan kepada teman2 blog yang juga seorang ibu..

Wednesday, May 5, 2010

Selulit yang Cantek!!

Wanita ini ada selulit..tapi tidak kelihatan..jadi, jgn bimbang jika ada selulit..sedikit tidak mengapa..hehe..(untuk menyenangkan hati org2 yg ada selulit seperti daku) hik hik!!

Wednesday, April 28, 2010

Tren Khas Untuk Wanita

Wahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! Baru terdengar dlm berita tadi?? Wajarkah?? Ermmmm..dalam sesetengah situasi, mungkin wajar..

KTM akan sediakan gerabak atau tren khas untuk wanita dan kanak-kanak sahaja.. akan mula beroperasi pada masa akan datang...

Bila??? Tak tahu!!!!! Suka tak??????? Owhhh..haruslah suka!!!!!!!!!

So, tak payah lah nak berhimpit ngan mamat b****a selalu.. hik hik hik..

Tuesday, April 27, 2010

Amboi-Amboi!!

Tengoklah gaya budak berdua neh..zafirah, kalau jumpa cousin dia haziq, memang asyik melekat.. pastu tiba2 ada lak dengar suara gaduh2..pastu senyap..pastu elok plak maen..hmm..budak2 kan..

Monday, April 26, 2010

Jom Masak-Masak





























my favourite dishes.. papaya rice with barbeque chicken & seafood Spaghetti.. dah lama tak post gambar food.. alamak.. lapaqqqqqqqqq

Thursday, April 22, 2010

Accidet Lagik!!!!!

Ni masuk kali ke 2 I accident.. 1st dulu, keta ter'undur' tanpa sedar..terlanggar bumper depan van kilang.. naseb tak teruk kena gak lah RM250 melesap..

2nd time.. iaitu harini.. aku terlanggar anjing plak kt tgh2 highway..normally, bwk keta takdelah laju dlm 80km/j.. tp arini..aku bwk laju sket.. 90 - 100km/j.. kt highway..tiba2 tup tup ada anjing keluar dr mana ntah then berlari betol2 depan keta aku..apa lagi.. maka ter langgarlah anjing itu.. nk brek, tak sempat,, kt belakang aku pon ada keta.. kang tak pasal2 keta tu langgar keta aku plak..

huhu..sedey..rasa berdosa plak langgar anjing tu.. tp tak sengaja..kalau nak kebumikan atau tanam, anjing tu kt tgh2 highway tersadai.. tak sempat nk tgk, anjing tuh hidup agi ke tak??? Ya Allah! ampuni daku.. tak sengaja.. huhu..

Tuesday, April 20, 2010

Kabel kamera hilangkah????

Owhhhh ya!!!!!!!!! kabel kamera dah hilang.. mana aku letak, pun dah tak ingat.. since pindah rumah, byk tol benda2 yg aku tak hengat letak mana.. kotak kt dalam stor tu banyak lagi tak bukak.. arggghhhh!!!! malasnyerrrrrrrrr nk menggodek kotak-kotak itewww..payah tol nak transfer gambar..kotak dah label tp mana satu letak kabel kamera, haku pun dah tak hengatttsss.. kenapakah pelupa tahap gaban???? sudah semakin tua agaknya!!!! tua ke???????????? hmmmm..

mood: kesengalan tahap gaban..gaban pun tak sengal cam haku..okay.

Friday, April 16, 2010

Terhingin tahap dewa-dewi


Am starving.. I want this.. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Friday, April 9, 2010

Dah Sebulan

Dah sebulan tak makan ubat.. apsal period jugak nih..isk isk.. haruslah bersabar ye.. dan haruslah di teruskan usaha.. hik hik hik.. doa-doa lah ye.. mari kita menambahkan makhluk Allah di muka bumi ini..jommmmmmmmmmm!!!!! apakah????? (sengal mode)

Saturday, April 3, 2010

8th picture of the 8th folder

Aha!!!..has been tagged by Kak Ju..

The instructions:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Then my 8th picture of the 8th folder of my laptop is...



hehe..sekali gambar kasut daaaaaaaaaaaaaaaa..ini masa maen boling kt mana ntah..tak ingat.. dah agak lama..kaki I yg mana satu ek? pung tak hengatzz kaki sendiri yo..haha.. kaki pun kaki lah.. dh sebulan tak pg maen nih.. ada sesiapa nak ajak? hehehehe.. sila ajak ya.. (tak terror pun, baling masuk longkang jugakss) =D

So, here is the person yang I nak tag..

1. Dayang
2. Anies
3. Pn watie
4. Zuera
5. Kak t( Ruziawaty)
6. Nanie
7. Aima
8.Amy Sueraya


Hehe..silalah rajinkan diri menjawab ye..cau cincauuuuuuuuuuuuu

Sunday, March 28, 2010

Leave the good for the best

Kadang-kala kita perlukan tinggalkan sesuatu yang baik utk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..contohnya: saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mencari keja baru di sekitar tempat tinggal..reason;

1. Tempat keja jauh sangat..tak larat nak berualng-alik..hari-hari keluar rumah 5.30am dan balik rumah dalam pukul 8.00pm.

2. Balik, dah penat then tak larat nak melayan karenah zafirah..selalu sangat merajuk ngan mama coz tak hantar dan amek dia dr taska..semuanya ayah dia buat.. sian kt hubby dan anak..

3. Money is not everything..walaupun tempat keja sekarang dah selesa..gaji ok,bonus 4 bulan, tapi kalau pg keja stress, balik keja pun stress..baik pindah kan.. yelah travel pg dan balik keja je amek masa dlm 4 jam..sebab jam..huhu..tak suka..tak suka..

4. Yang paling penting sekali..buleh spend more time with family..terutama suami dan anak..kan..kan..

Harap-harap lepas ni buleh dapat keja area2 rumah saya..so, takdelah stress..wish me LUCK!!! =D

Thursday, March 25, 2010

Masalah taska atau masalah anak?????

My dotter zafirah tak nak pegi taska.. hari pertama dia excited..hari kedua..ok lagi ..hari ke 3 dah nangis2.. then hari ni, hari ke 4 dia mengamok gila tak nak masuk taska dia..huhu.. camne nk buat nih...kesian plak bila antar taska, dia nanges.. kata " tak nak kawan..tak nak kawan.. tak nak sekolah"
then, setiap kali amek dia ( dlm kul 6.30), terus dia kata. mama.. lapar..mama lapar.. nk makan.. bila dpt makanan, anak aku mkn cam orang tak pernah jumpa makanan..tapi bila tanya cikgu nursery, depa kata zafirah mkn byk kt tadika.. maka timbullah rasa was-was ngan nursery tuh.. betol ke anak aku nih mkn? lagi lah aku rasa tak sedap hati.. dh 3 hari berturut2, hubby amek then beli food, dia mkn dengan lahapnya.. adus..sedih.. ( camne nak buat nih? harus pg spotcheck ke?)
lagi satu, kalau hantar nursery, parents hanya buleh hantar sampai pintu dan tidak dibenarkan masuk dlm taska.. memang mcm tu ke? aku ni 1st time hantar zafirah pg taska..hmmmmm.. risau..risau..

Tuesday, March 16, 2010

AKHIRNYA..

Finally..

1. Dapat pindah rumah baru..
2. Dapat kereta baru..

Alhamdulillah..syukur.. pasni ni nak tambah orang baru plak lah..hehehehe

Friday, March 12, 2010

KEJA KOSONG ADAKA???

Saya sedang mencari keja kosong di mana-mana kolej swasta atau kerajaan..sebab saya malas nk travel pg keja dr semenyih ke setapak ( 2 hours travel because of terrific trafic jam)

Kalau ada, sila beritahu saya..terutamanya yg mengajar di kolej-kolej..

Sekian Terima Kasih =D

Thursday, February 25, 2010

Lagi-lagi pasal kereta..menyampah

Masuk hari ini dah 2 bulan lebih keta aku taksampai-sampai.. bila aku kol, katanya minggu depan. bil kol katanya minggu depan..bohsan..penat dah terima jawapan yg sama.. aku bukan mintak FERRARI pun.. aku mintak POTONG SAGA jek..BAHLUL.. rasa cam nak pg buat report kt jabatan hal ehwal pengguna.. bolehkah?

Saturday, February 20, 2010

SO FAT!!!

perut mak makin boncit..huhu.. last timbang berat mak 58 kg..uiiiiiiiiiiiiiii..berat kannnnnnnnnnnnnnnnn.. harus lah kerap pg swimming n pg gym..

Monday, February 15, 2010

RETIRE RICH!!! RETIRE YOUNG!!!

Lagi 2 tahun I nak bersara!! Keja di rumah tapi masih buleh dapat duit!!!!! Bestnyerrrrrrr!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

DALAM DILEMA!! TOLON! TOLON!

1. Babysitter zafirah tgh sakit agak teruk..lepas cainis nuyer, kalau tak sembuh jugak..taktau nk antar dia kt mana..nk antar blk kampung kt kemaman atau tidak?

2. Dlm proses nk pindah rumah..tgh carik babysitter utk dia..nk carik jiran jaga cam skang atau hantar kt nursery? ( tak confident la plak nk hantar kt nursery)

3. Blackberry atau Iphone?

Tiba-tiba terlupa sesuatu, cuti sekolah bulan 3 stat bila ek? hmmm..macam-macam lagi persoalan di minda ini..

Sunday, February 7, 2010

I WAS SO IN TO GLEE


MY FAVOURITE SHOW.. SANGAT SUKE TAHAP MAKSIMA..

Saturday, February 6, 2010

Cuba-Cuba Bermain!!!

Have u heard about FOREX aka Foreign Exchange?

I am on my way to play with the real FOREX account..

This is sumthing new for me to earn some other extra income.. $$$$$$$

Am planning to play with the real account soon.. =D

Retire rich and retire young is sumthing that i dream for.. =O

Monday, February 1, 2010

TAG KAWEN

dah lama tak main tag menge'tag' kan.. hehe.. tag kali ni sgt senang.. just upload gambar kawen korang..saje nk tengok gbr masa muda2 dolu dan mengimbau kembali kenangan manis itu.. pastu berikan sebab kenapa pilih gambar tu..then tag plak 5 org kawan2 lain..mesti sonot tgk gbr kawen org kan.. hehe.
.
sebab pilih gambar: kami kelihatan sgt gumbira dan nampak buat2 manja gitu..yaksss!!

org yang saya tag adalah:
1. puan watie
2. lieya latif
3. zue amir
4. dayang balkis
5. nurul aima

sudi-sudilah balas tag saya ye..

Sunday, January 31, 2010

MAJUN ANGGUN BESTARI

ada sesiapa pernah makan nih tak? saya makan ini utk perancangan keluarga., untuk kesihatan badan dan macam2 lagilah khasiat dia.. so. sapa-sapa yg nk buat family planning, boleh mkn nih..kalau berminat buleh beli online kt sini. saya pun beli kt sini jugak..

http://kedainiaga.com/index.php?p=productsList&iCategory=128&sName=Kesan-&-Khasiat

Wednesday, January 27, 2010

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

tak ingat sama ada aku dah bukak asb atau belom.. rasa cam tak ada.. hmm.. ada sesiapa tahu nk bukak ASB kt mane tak? pos ofis bulehka? hmm..rugi kan..skang br nk bukak ASB.. hmmm

Tuesday, January 26, 2010

PENULIS BLOG DITANGKAP

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini pagi ini mengeluarkan perintah tahan reman terhadap seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor.


Majistret Azrol Abdullah memerintahkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini kepada penulis blog yang berusia 30 tahun itu.

Dia yang dikatakan bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan beredar 10 minit kemudian.

** hmm..ramai diantara kita suka menulis dlm blog kan..tetapi sekadar suka-suka..kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang akan isu yang diutarakan. dan boleh menimbulkan byk spekulasi...maka, berhati-hatilah dalam menyampaikan penulisan/idea kita..kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita..selamat ber blog.. =D

Friday, January 22, 2010

ROTAN & PIJAK KEPALA MURID

**Baru terbaca dlm metro harini..

KUALA LUMPUR: “Hang (kamu) jangan bagi aku jadi gila...” tengking seorang ustaz sebelum menjadikan seorang remaja sebagai mangsa amukannya dalam kejadian di sebuah rumah yang dijadikan pusat tahfiz di Taman Melawati, dekat sini, Selasa lalu.Akibatnya, remaja berkenaan, Nazmil Hazwan Zaini, 14, cedera di kepala, kaki dan tangan kerana mendakwa ustaz terbabit memukul kepalanya dengan rotan selain memijak kepala.


Menceritakan kejadian itu, Nazmil Hazwan berkata, dia pada mulanya terbangun dari tidur jam 3 pagi kerana sakit perut.“Sejurus terjaga, saya bergegas ke tandas dan selepas itu kembali ke bilik, namun ketika itu ada seorang rakan belum tidur dan saya bertanyakan kepadanya kenapa masih berjaga.

“Rakan memberitahu dia tidak dapat tidur lalu kami berbual sekejap kerana saya juga sukar melelapkan mata selepas sakit perut,” katanya.Bagaimanapun, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik ditendang sebelum terlihat kelibat seseorang membawa lampu suluh menghampirinya.

“Sebaik menghampiri, saya baru perasan orang itu ustaz dan dengan lantang dia mengatakan jangan buat dia gila sebelum secara tiba-tiba menghayunkan rotan beberapa kali yang tepat mengenai tengah kepala saya.


“Ketika itu, saya hanya mampu merayu dia menghentikan perbuatan itu, namun dia makin menggila apabila terus memijak kepala saya sambil memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.


Menurut Nazmil, selain dia, dua lagi rakannya turut mengalami nasib sama apabila mereka menjadi mangsa belasahan ustaz terbabit, namun kecederaan dialami tidak seteruk dirinya.


Menurutnya, selepas puas membelasah dan melepaskan geram, ustaz terbabit dengan nada marah meminta dia memanggil bapanya datang menjemputnya keesokan harinya.


“Saya menghubungi ibu, namun panggilan tidak dijawab sebelum nekad pulang ke rumah di Jalan Genting Klang menaiki bas.


“Ibu hairan melihat saya pulang dengan lemah dan saya menceritakan kejadian itu kepadanya sebelum dibawa menjalani rawatan di hospital,” katanya.Menurutnya, kecederaan itu membuatkan dia tidak mampu membuka mulut dan hilang selera makan seharian berikutan keadaan kepalanya yang bengkak.


“Bagaimanapun, kesan itu beransur pulih, namun masih terasa sakit,” katanya.


Sementara itu, bapa mangsa, Zaini Ariffin, 47, kesal dengan tindakan ustaz terbabit kerana niatnya menghantar anak ke pusat itu untuk menjadi seorang hafiz.


“Saya tak kisah jika anak dipukul kerana tak tahu membaca atau enggan mendengar nasihat, namun kesal kerana dia yang belum tidur selepas sakit perut diperlakukan dengan kejam. “Berikutan kejadian ini, saya serik dan tawar hati menghantar anak ke pusat itu dan terpaksa membuat laporan polis kerana tindakan ini boleh dianggap terlalu melampau,” katanya.


Menurutnya, dia mengenali ustaz terbabit ketika terserempak di sebuah masjid selepas menunaikan solat dan dengan perwatakan yang baik, hatinya mula tertarik selepas diberitahu lelaki itu dia membuka kelas tahfiz secara percuma.


Difahamkan, ustaz berkenaan dari utara Semenanjung menjadikan rumah dua tingkat di situ asrama dan tempat pelajar mendalami ilmu agama dan menghafal al-Quran. Difahamkan, kejadian memukul bukan kali pertama kerana sebelum ini ada pelajar pernah melakukan kesalahan kecil dipijak dada selain turut didenda melakukan ketuk ketampi hingga membuatkan ada seorang melarikan diri.


Pusat tahfiz itu menempatkan hampir 20 pelajar dan ada antara mereka datang dari negara jiran untuk mempelajari ilmu agama. Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas kerana masih dalam siasatan.Difahamkan, polis sudah memeriksa rumah teres dua tingkat yang dijadikan pusat tahfiz itu dan cuba menemui ustaz terbabit, namun dia menghilangkan diri sebaik melihat kelibat polis.


** sedih membaca berita yang macam nih..apa perasaan kita bila anak-anak kita diperlakukan sedemikian rupa..nauzubillah!!!



Tuesday, January 19, 2010

Thank you Mama....

Thank you Mama.... what a wonderful words from my lil gal.. ske sgt tiap kali dah bagi dia mandi, makan or bg sesuatu kt dia.. mesti kata thank you mama..hilang rasa penat.. ;D

her latest pix..model helmet, sponsor by her makngah.. hahahahaha

Saturday, January 16, 2010

IDAMAN


DAH LAMA MENJADI IDAMANKU.. WHITE LEATHER SOFA.. AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN.. YAY!! ILUSTRASI DI ATAS ADALAH HIASAN SAHAJA.. HEHE..

Friday, January 15, 2010

TIPS KURANG TEMBAM MUKA

ADA SESIAPA BULEH BAGI TIPS UNTUK KURANGKAN TEMBAM DI BAHAGIAN MUKA? MUKA TEMBAM WALAU BADAN TAKLAH TEMBAM MANA..TAK SKE..TAK SKEEEEE

Thursday, January 14, 2010

RASA INGINTERBANG


Pernahkah kalian merasa tersangat gembira sampai rasa cam nak terbang..saya sedang merasainya..apakah sebab dan musabab kegembiraan iteww? apakah pekara yang pernah membuat kalian rasa seperti ingin terbang? mari kita kongsi bersama-sama.. ;D

Wednesday, January 13, 2010

Kekerjaan Kebanyakkan Kebencian

1. Lately sgt banyak kerja sampai taktau nak buat yang mana satu..
2. Dah lah banyak, pastu bos bagi last minute..nak tang tu jugak..
3. Kerja last minute, saya benci..sebab tak ske buat kerja kelam kabut..kang kualiti takde..chehh..
4. Masih berusaha gigih walau keja banyak dan walau benci keja yang banyak itewww..
5. Kesimpulannya, kekerjaan, kebanyakkan, kebencian.. ;(

Friday, January 8, 2010

WHAT COLOUR????"

lagi pasal kereta..
tak kesah lah kaler apa pun en.proton..janji buleh dpt by early february..
tapi kalau buleh nk warna hitam..putih susah nk jaga coz aku ni pemalas..
saga biasa, kaler plg cantek apa ek? any suggestion?

Tuesday, January 5, 2010

Diet kah?

Hajat dihati harini takmau mkn nasik..akan tetapi aku telah termakan nasik itu tadi..opppsssss

Duhai si Pari-Pari

Que Haidar je yg best.. liyana jasmay n others, ok-ok je.. suke konsep cerita nih tapi cara pengembangan idea dan jalan cerita tak berapa menarik..ok-ok je.. hmmm.. bestnyer dapat jadi pari-pari..