Wednesday, December 31, 2008

LUMUT-SILA BACA DR BAWAH KE ATAS YE.. ; )

Inilah tempat mamak tu jual cendol..punyelah klasik kan..lain kali sapa2 p lumut, singgah la jeti.. pekena cendol sat..

Lihatlah cendol itu..sungguh menyelerakan tekak ku...jika dimakan di waktu panas, lagilah menyelerkan dan melegakan..kt KL ni, cendol biasa pun RM3. plg murah RM2.50..ada sesiapa yg tahu tempat jual cendol yang murah tetapi sedap? silalah khabarkan kepadaku..ngeeee..
Pas penat membeli dan membelah, maka kami pun singgah jap minum cendol kt kedai basikal mamak ni..sedap dan murah RM2 je..mamak ni dah lama menjual cendol kt sini..sodap hingga keluar anak tekak..hehe..yum..yum..

Masa ni kt waterfront lumut..kt blakang tu jeti nk ke pulau pangkor..singgah kt lumut jap membeli makanan kering..sotong, ikan dan macam-macam ada..memborong u ols...murah kan..apalagi..daku pun dengan senang hati memborongnyer..sbb yg bayar adalah suamiku itew..hehehe..perabih duit laki..hehe..takpe kan yangggg...
Justify FullCuti-cuti Malaysia..kami ke ipoh-lumut. saje berjalan-jalan mkn angin sbl2 nk p kenduri kahwen kwn2..kembung perut mkn angin..;)

Tuesday, December 30, 2008

Jalan-Jalan Cari Pegi Makan








Bulan 12 ni banyak betol jemputan ke kenduri kahwen..waktu cuti skolah ni sume org mengambil kesempatan untuk menjalankan majlis itu termasuklah rakan-rakan kami berdua..dalam masa seminggu daku dan suamiku itu menghadiri kenduri kawen teman2..huhhh..jemputan marathon..sabtu, ahad, khamis sabtu. ahad..weekend plak ada 2 3 kenduri..mana yg sempat tu kami pergilah..bila p kenduri kahwen kan, teringat masa mula2 kahwen dolu-dolu..hehe.. rasa cam nak ulang balik memori itu..hehe.. bagus jugak p kenduri ni..leh jalan-jalan pegi makan..takyah nak masak..hehehe..malas sungguh diriku ini..plg best skali bila dpt pg weeding reception kwn kami yang berbangsa cina..memang berbeza dgn cara org melayu kawen..1st experience..bagus dan menarik..silalah layan gbr2 di bawah ini tanpa rasa jemu..hehe

Wednesday, December 24, 2008

NurZafirah yg Nakal



zafirah dah berumur 1 tahun 4 bulan..hmmm..sungguh cepat masa berlalu..pejam celik-pejam celik, zafirah dan nak masuk setahun setengah..rasa cam baru je melahirkan zafirah..membesar dengan cepat budak2 kan..skang ni plak, zafirah suka bercakap..ntahapapapantah yg diperkatakan olehnya..rasa terhibur bila melayan dia..penat balik dr kerja pun hilang tatkala dihiburkan dengan celotehnya..

Tuesday, December 23, 2008

the day the earth stood still

semalam daku keluar bersama sumiku itu untuk menonton citer seperti di atas..maka zafirah ditinggalkan bersama babysitter nya..namun, malangnya citer yg dilihat itu tidak sehebat yang ku sangkakan..ada sedikit kebohsanan disitu..citer tersebut stereotaip dan tidak dikembangkan dengan baik..plot yang biasa sahaja..tp pelakon plak hebat2..camnelah si keanu reeves tu boleh terima watak 'klaatu' itu tanpa memikirkan impak dan kesan filem itu nanti..hehe.. los n faun lebih menarik..haaaa..twilight lagi bagus citernye compare to dis film..

untuk pengetahuan zafirah, mama n ayah ni memang suka tgk wayang..itu salah satu hobi kami..hehe..jadi kami terpaksa mencari ruang yang sesuai untuk menonton wayang bersama kerana ayahmu, en masrun bekerja pada waktu yang berbeza dgn orang lain..tetapi ayahmu bukan alien..diulangi BUKAN alien ye..dia cuma sedikit berbeza waktunya kerana sesungguhnya dirinya berada di Malaysia tetapi mengikuti waktu di german, australia, usa..hmmm..jadi, annakku zafirah, begitulah situasi kami..hhe

Friday, December 19, 2008

My Family


Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.




Zafirah Si Budak Hip Hop



hehe..saje je amek gbr dia nih..ala-ala hip hop gitewwww...kang zafirah dah besar, zafirah tgk la gambar ni..tomei tak?hehehe..sememangnya mama zafirah ini yang terover..hik hik hik

Los n Faun



hari ni daku keluar menonton wayang bersama suamiku yang tercinta itu selepas daku habis kelas..hmmm..banyak sungguh wayang yang baru..akhirnya daku memutuskan untuk menoton los n faun. filem melayu yang menarik untuk ditonton..jadi silalah pergi menontonnya..skang ni nak kuar tgk wayang kena cari masa yang sesuai..maklumlah. suamiku itu kerjanya tidak menentu..kesian suamiku yang tercinta itu (sememangnya daku seorang yang romantik)..hehe.. luv my hubby n my dotter..zafirah very much..muuahhh..

Thursday, December 18, 2008

Hari Ini

Ceritaku pada hari ini...
di pagi yang indah, daku membangunkan diri seawal jam 8 pagi (awal ke???).daku pun menyiapkan diriku, dan menyiapkan anakku untuk dihantar ke klinik bagi pemeriksaan bulanan..sampai shj disana..daku sgt lah terkejut kerana ramailah sangat rakyat malaysia di klinik itu..lalu petugas disitu menyarankan agar daku datang kemudian pada pukul 2 ptg. memandangkan daku terpaksa ke pejabat pd waktu itu, maka tugasan menghantar zafirah ke klnik ku serahkan kpd suamiku en masrun..hehe..sib baik dia cuti..maka dgn rasminya, tugasan menghantar anakku ke klinik telah kuserahkan kepadanya..maka terpaksalah dia menjalani tugasan itu dengan redha..hehe..oleh itu, ngin ku ucapkan terima kasih kepada suamiku yang telah menjalankan tugasan itu dengan sebaik mungkin. maka dengan ini bertambah lagilah cinta dan sayangku kepadamu..heheheheh

Wednesday, December 17, 2008

ZafirahKu Lagik

hasilnya..inilah cara duduk yang tersopan agaknya..tidak mengapa..lepas ni, kan ku ajar lagi..

Lihatlah cara anakku ku duduk diatas sofa di hadapan tv..sungguhla tidak sopan..daku telah pun menegurnya agar duduk dengan lebih sopan like a gurl..hehe
zafirah dah ada bermacam-macam aksi..sudah nakal..terlalu banyak bercakap yang mana sepatah ayat pun aku tak paham kecuali mama. ayah, tata.. Hari ni sume nak update pasal Zafirah ku ini.. coz dah terlalu lama daku tidak menghapdate blog ini..hampir setahun...sayang plak rasanya jika daku mengabaikannya sejak sekian lama..hehe

Zafirah Ku


Selain semakin nakal. dia jugak sudah semakin comel..seperti mama dia..bermacam-macam peel yang telah ditunjukkan oleh nya..silalah lihat

budak kecik ini semakin meningkat dan membesar walaupun nampak kecik..hehe.. sudah semakin nakal..tgk nih..

Cameron Highland











Last 2 weeks..kami ke Cameron highland.. Pg bwk my Family dr terengganu sempena cuti skull.. cuti skull ni pun adik ku yg bongsu itu tgh keboringan..lalu aku merancang utk membawanya ke sana..hehe..maka dengan penuh kegedikan dan keseronokan..daku meng'snap' beberapa gambar sebagai tatapan..nasib baik masa pg tu tak bape hujan..hujan sket2 je..hmm..seperti biasa, apabila ke Cameron, daku misti memborong segala sayur-mayur dan buah-buahan disana terutama stroberi kegemaran suamiku itu..

Tuesday, September 16, 2008

Monday, March 3, 2008

Faces Of Zafirah


She's so cute.. Nothing else can I say.. ;-)

NurZafirah Zahra


After 9 month facing the difficulties, 9 month tiring, 9month passionate, 9 month patient..

Finally, i got a baby..deliver on 12.9.2007..the same day with my hubby burfday..that is most precious moment i've ever had.how lucky I am..I've such a beauty pretty cute lil girl.. She was named NurZafirah Zahra by her father..Wonderful moment in pain..

Tuesday, February 19, 2008

So hard!!!



First time ever..for the whole day, I keep vomiting..again and again.. this is the hardest thing i've ever done.

Almaklum ajelah..pertama kali pregnant..rase macam-macam ada..pening..loya..muntah2..iyakssss.. kalu ingat balik rase cam taknak pregnant lagi..tapi kalu pike balik3, dah name pun pompuan kn..5month..tak sedap badan..asyik muntah jer..nasib baik tak keja, kalu keja taktaulah..nasib baik baby yang kuar ni comei..berbaloi gak penat lelah dan sakit2 seama 9 bulan ni..


Yng plg terharu, almost 4 month, takleh masak..pening sepanjang mase..nasib baik my hubby pandai masak..dan rajin masak..pitty him..asyik dia jer yg masak..blk keja, b4 pg keje..sume dia buat..thank u so much to my dear husband..thanks for everything..susah-susah ajer..(felix tag) kuang kuang..




during my pregnancy, i do gain my weight..kuat benor makan even pas makan muntah..tp aku still makan..makan..n makan..dan untill my last weight bfore delinery was 66kg..meningkat sebyk 20kg.. banyak tu beb..tp skang dah kurus sket.. ). see the picture..so tembam..kuang kuang kuang..

Sunday, February 17, 2008

9.12.2006. Satu Permulaan




9.12.2006..Satu Permulaan..



Permulaan hidup baru..Status baru..Cara hidup baru..Semuanya bermula pd tarikh ini..hmm.. kadang2 macam tak caya jer aku dah kawen.. Hidup akan bertambah indah dengan ada teman bicara, teman makan, teman tido dan teman segala2nya..Ini juga bermakna tanggungjawab ku akan bertambah dari seorang anak dan kakak kepada seorang isteri..Senang dan susah harus dikongsikan bersama..Bukan senang nak harungi alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran. Namun ia satu permulaan untuk segala2nya..