Thursday, August 26, 2010

Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan Dibaca?

Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh
iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama
ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah
perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan
sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan
Al-Qur’an? Apakah selama ini Al-Qur’an telah benar-benar
kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai
penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah
sebaliknya, kita malah meninggalkan dan
mencampakkannya?
Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita
tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi
atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita
akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak
‘menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat
marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak,
dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan
berdiam diri jika Al-Qur’an dihina, diremeh atau
dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang
akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk
penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik
dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang
harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti
sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga
fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi
kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat
Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri
‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum hukum
yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati
apabila Al-Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman,
tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran
Al-Qur’an.
Inilah hakikat umat Islam! Mereka mengambil Al-Qur’an
hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi
melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya.
Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi
mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah
yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai
program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa
yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum Al-
Qur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan
menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang
ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka
kononnya menyeru kepada Al-Qur’an tetapi mereka
sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang
yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hukum
Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap
bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah
sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci
Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke
jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

sumber:www.mykhilafah.com