Thursday, November 11, 2010

Kurang Ha*ar punya pompuan!!!

Insiden berlaku di petang khamis tatkala orang ramai berpusu-pusu mahu pulang ke rumah..Seperti biasa aku balik naik KTM sampai kajang then dr kajang drive ke Semenyih.. sedang asyik menunggu tren ke kajang, tiba2 terdengarlah suara pompuan ni:

ting tong.. "Tren ke Seremban mengalami kelewatan dr jadual asal" ( ini takpe lagi aku buleh terima..wpun KTM memang selalu delay..service saks giler..)

Kemudian, setelah 40 minit berdiri menunggu tren, maka tibalah tren yang akan ku naik bersama ribuan orang lain.. sambil dihimpit dan ditolak dr belakang, tiba-tiba ada suara pompuan ni pulak:

"woii..masuklah dalam lagi" ( dengan nada menjerit)

aku geram betol ngan pompuan ni.. mcm dia tak nampak orang2 yg ada kt dalam tren ni pun berhimpit cam sardin dalam tin kemek..apa lagi.. aku sembur lah sekalik..

"weiii..dah tak muat lah.. buta ke..tak nampak dlm ni dah penuh" (dengan suara yg sgt kuat smp semua org dok pandang kt aku..pedulik hapa!!!)

aku tak sound pompuan tu kalau dia tak menjerit dan bercakap dengan nada yang kasar..tapi ini tidak..lagi mau kurang hajar..pantang aku org camnih..

perjalanan diteruskan..smp kt stesen midvalley, kejadian yg sama turut berlaku.. dahlah aku dihimpit oleh manusia disekelilingku, nak duduk memang tak dpt..perut aku pulak dok di sondol oleh manusia-manusia yg tak sabar.. uisshh..lagilah aku sentapsssss!!! dan ada plak sorang pompuan nih menjerit..

"woiii!! yang tengah tu masuklah dalam lagi.. orang pun nak balik jugak!!!" (ni lagi sorang minah kuwang hajau yg aku sound)

"oi dik!! nak masuk celah mana lagi..nak masuk celah kangkang ke?? tak nampak ke penuh ni??" (lagi sekali orang2 dlm tren tu menghalakan pandangan mereka kepadaku sambil menyetujui apa yang aku katakan pada minah kuwang hajau nih..)

Kesimpulannya: janganlah bersikap biadap tatkala anda menginginkan sesuatu.. terutama apabila anda menjerit dan menjerkah dihadapan orang yang hamil cam aku.. hot temper beb!! mau aku sembur lagi pompuan-pompuan tuh..

** dan terfikir sejenak: rendah betol moral manusia zaman sekarang nih..biadap dan kuwang hajau tak bertempat....aku ni pun bukannya bagus sangat, tapi bila buat sesuatu, atau bila nak cakap sesuatu, fikirlah dan lihatlah realiti.. jangan main sedap mulut je.. cili kang mulut..oppppssss..

Saturday, November 6, 2010

Mari kita ke ladang oiiii...

sesi menurunkan berat badan oleh sang suami

sesi berkejar-kejaran bersama sepupu

sesi mengorek tanah juga bersama sepupu

yeah!! sila tanam banyak2 ya cik abe.. ini pokok kelapa..


Ini adalah antara yg dijalankan sempena cuti deepavali..cuaca yang sangat panas menyebabkan kami lepak2 sahaja di rumah..di petang hari, aktiviti berladang telah dimulakan..heheh!! beli pokok dah lama tapi tanamnye idak..maka tibalah masa untuk aktiviti bercucuk tanam..

Saturday, October 23, 2010

Mari Belajar Memegang Pen

Next year plan nak hantar zafirah pg tadika..hantar pg tadika biasa je dulu..at least she can learn something instead of main2 je kt taska tuh kan..although it's too early for her, tapi saya rasa dah semakin ramai ibubapa yang menghantar anak2 mereka ke tadika seawal 3 tahun..next year budak ini dah 4 years old..so, ok lah kot kalau nak hantar pg tadika..kann..kan..sebelum tu, mari belajar cara memegang pen dan pensil dengan betul..hehe..


tengoklah cara dia pegang pen.. ada rupa lah jugak kan..tapi apa yg diconteng, pun tak tahu..hmm..

Thursday, October 7, 2010

Berbohong itu adalah bermoral!!!

Ya! saya katakan berbohong itu adalah bermoral..dalam sesetengah situasi, berbohong itu boleh di anggap perbuatan yang bermoral..tidak salah jika kita berbohong untuk menjaga perasaan orang lain..atau untuk menyelamatkan sesuatu situasi dan keadaan yang kritikal.

Kenapa? Tidak percaya? Saya pun pada mulanya tidak mempercayai bahawa perbuatan berbohong itu adalah bermoral..Tetapi setelah diteliti mengikut keadaan yang tertentu..akhirnya saya percaya.. bak kata pantun ni..

siakap sinohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama mencuri


** tapi saya hanya berbohong dan tidak mencuri..
Kesimpulannya.. apakah kaitan pantun di atas dengan isu yang dibicarakan?? ntahlah labu.. lu pikirla sendiri ekkkkkkkkkk..

Wednesday, September 22, 2010

SOTO MAKASSAR

Soto makassar ni adalah antara kegemaranku...rasa dia langsung tak sama dengan soto-soto lain..susah nak carik soto ni kt mana-mana..kena buat sendirik..sapa nak resepi?? angkat tangan!! heheh!!

Tuesday, September 14, 2010

Rayaku Rayamu jua




Purple colour theme..requested by cik zafirah zahra..siap suh cat bilik dia warna purple..hmm.. tahun depan ye cik zafirah..tunggu ada fulus lebey..okay..salam lebaran untuk semua

Thursday, September 2, 2010

IT'S A BOY!! INSYAALLAH!!


Last Wednesday.. Pg check up..Dr buat ultrasound..then dia kata " Insyaallah..baby boy".. mudah-mudahan..jgn jadi cam zafirah udahler..mula2 check kata lelaki, final check up kata pompuan plak.. but i dun mind.. lelaki atau perempuan sama sahaja..yang penting baby sihat dan normal..kann..kan.. dah 20 weeks.. tak sabarnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..hehe